Skip to content

Seksyen 50

Pegawai tidak memakai pakaian seragam hendaklah mengemukakan kad pengenalan

of Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987

ActIn forceProvision 71 of 81
Seksyen 50
(1)

Tiap-tiap pegawai polis dan pegawai pengangkutan jalan, apabila bertindak terhadap mana-mana orang di bawah Akta ini, jika tidak berpakaian seragam, hendaklah apabila diminta, mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak dokumen yang membuktikan identitinya sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pegawai Polis dalam hal seorang pegawai polis atau sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua

Pengarah dalam hal seorang pegawai pengangkutan jalan supaya dibawa oleh pegawai polis atau pegawai pengangkutan jalan itu masing-masing.

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 69

(2)

Adalah tidak menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang yang enggan mematuhi apa-apa kehendak, permintaan atau perintah yang dibuat oleh mana-mana pegawai polis atau pegawai pengangkutan jalan yang tidak berpakaian seragam jika pegawai polis atau pegawai pengangkutan jalan itu enggan mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan dokumen pengenalannya atas permintaan orang itu.