Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2021Read it in English

Bahagian XII · Tribunal bagi Tuntutan Pengguna

89. Pembatalan pelantikan

Feedback & support

Menteri boleh membatalkan pelantikan seseorang anggota

Tribunal yang dilantik di bawah perenggan 86(1)(b)—

(a)

jika kelakuannya, sama ada berkaitan dengan kewajipannya sebagai anggota Tribunal atau selainnya, adalah sedemikian rupa sehingga memburukkan nama Tribunal;

(b)

jika dia menjadi tidak berupaya untuk menjalankan kewajipannya dengan sepatutnya sebagai anggota Tribunal;

Perlindungan Pengguna 105

(c)

jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah;

(iii)

suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau

(iv)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama lebih daripada dua tahun;

(d)

jika dia dihukum bankrap;

(e)

jika dia didapati atau disahkan tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menguruskan urusannya;

atau

(f)

jika dia tidak menghadiri sidang Tribunal tiga kali berturut-turut tanpa mendapat kebenaran daripada

Pengerusi.

Report

Bahagian XIII

Penguatkuasaan

Bahagian XIV

Am dan Pelbagai

Schedules