Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2021Read it in English
Contents

Bahagian XII · Tribunal bagi Tuntutan Pengguna

99. Pembatasan bidang kuasa

Feedback & support

In plain English

The tribunal generally cannot hear claims over land. Nor can it hear disputes over wills, inheritance, goodwill or intellectual property. Consumer claims about aviation services are also excluded. It cannot hear matters another tribunal was set up to decide. The cause of action must arise within three years of the claim. It cannot deal with personal injury or death claims.

Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.

(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata di bawah Akta ini, Tribunal tidaklah mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa tuntutan—

(a)

bagi mendapatkan kembali tanah, atau apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah;

Perlindungan Pengguna 109

(b)

yang mempersoalkan hakmilik kepada mana-mana tanah, atau apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah, atau apa-apa francais;

(c)

yang mengandungi pertikaian mengenai—

(i)

hak mana-mana orang di bawah suatu wasiat atau peruntukan, atau disebabkan kematian tidak berwasiat (termasuk kematian tidak berwasiat separa);

(ii)

nama baik;

(iii)

apa-apa hak dalam tindakan; atau

(iv)

apa-apa rahsia perdagangan atau harta intelek lain;

(ca)

yang boleh dikemukakan oleh pengguna yang berhubungan dengan perkhidmatan penerbangan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Suruhanjaya Penerbangan

Malaysia 2015 [Akta 771];

(d)

apabila mana-mana tribunal telah ditubuhkan melalui mana-mana undang-undang bertulis lain untuk mendengar dan memutuskan tuntutan-tuntutan tentang perkara yang menjadi hal perkara tuntutan itu.

(2)

Bidang kuasa Tribunal hendaklah terhad kepada suatu tuntutan yang berasaskan pada suatu kausa tindakan yang terakru dalam masa tiga tahun dari tuntutan itu.

(3)

Tiada apa-apa dalam seksyen ini disifatkan membenarkan

Tribunal untuk mendengar suatu tuntutan yang berbangkit daripada kecederaan diri atau kematian.

(4)

Bagi maksud subseksyen (1), “tanah” tidaklah termasuk lekapan.

Undang-Undang Malaysia 110

Report

Bahagian XIII

Penguatkuasaan

Bahagian XIV

Am dan Pelbagai

Schedules