Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2021Read it in English

Bahagian XII · Tribunal bagi Tuntutan Pengguna

96. Sidang Tribunal

Feedback & support
(1)

Bidang kuasa Tribunal hendaklah dijalankan oleh mana-mana orang yang berikut bersidang sendirian:

(a)

Pengerusi Tribunal;

(b)

Timbalan Pengerusi Tribunal; atau

(c)

mana-mana anggota Tribunal yang dipilih oleh Pengerusi.

(2)

Tribunal boleh bersidang dalam dua sidang atau lebih pada hari dan masa dan di tempat sebagaimana yang ditentukan oleh

Pengerusi.

(3)

Jika orang yang mempengerusikan apa-apa prosiding berkenaan dengan sesuatu tuntutan mati atau menjadi tidak upaya, atau atas apa-apa sebab lain tidak dapat menyelesaikan pendengaran itu atau membereskan prosiding itu, prosiding itu hendaklah didengar semula oleh seorang anggota lain Tribunal, melainkan jika pihak-pihak bersetuju prosiding itu diteruskan oleh seorang anggota lain Tribunal.

(4)

Jika tempoh pelantikan mana-mana anggota Tribunal di bawah seksyen ini tamat semasa apa-apa prosiding belum selesai berkenaan dengan sesuatu tuntutan, tempoh pelantikannya hendaklah disifatkan telah dilanjutkan sehingga tuntutan itu dibereskan dengan muktamad.

Report

Bahagian XIII

Penguatkuasaan

Bahagian XIV

Am dan Pelbagai

Schedules