Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2021Read it in English
Contents

Bahagian XII · Tribunal bagi Tuntutan Pengguna

107. Rundingan penyelesaian

Feedback & support
(1)

Tribunal hendaklah, berkenaan dengan tiap-tiap tuntutan dalam bidang kuasanya, menilai sama ada, dalam semua hal keadaan, adalah wajar bagi Tribunal untuk membantu pihak-pihak merundingkan suatu penyelesaian yang dipersetujui berhubung dengan tuntutan itu.

(2)

Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), dalam membuat penilaian Tribunal hendaklah mengambil kira apa-apa faktor yang, pada pendapat Tribunal, mungkin mencacatkan kemampuan salah satu atau kedua-dua pihak untuk merundingkan penyelesaian yang dipersetujui.

(3)

Jika pihak-pihak mencapai penyelesaian yang dipersetujui,

Tribunal hendaklah bersetuju dan merekodkan penyelesaian itu dan penyelesaian itu hendaklah berkuat kuasa seolah-olah penyelesaian itu adalah award Tribunal.

(4)

Jika—

(a)

Tribunal mendapati bahawa tidaklah wajar untuknya membantu pihak-pihak merundingkan penyelesaian yang dipersetujui berhubung dengan tuntutan itu; atau

(b)

pihak-pihak tidak dapat mencapai penyelesaian yang dipersetujui berhubung dengan tuntutan itu,

Tribunal hendaklah memutuskan pertikaian itu.

Report

Bahagian XIII

Penguatkuasaan

Bahagian XIV

Am dan Pelbagai

Schedules