Akta Perlindungan Pengguna 1999 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian XII · Tribunal bagi Tuntutan Pengguna
101. Peninggalan untuk membawa tuntutan ke dalam bidang kuasa
Feedback & supportPihak yang menuntut boleh meninggalkan apa-apa amaun tuntutan yang melebihi lima puluh ribu ringgit supaya dapat membawa tuntutan itu ke dalam bidang kuasa Tribunal.
Jika sebahagian daripada sesuatu tuntutan telah ditinggalkan di bawah subseksyen (1), rekod Tribunal bagi penyelesaian yang dipersetujui di bawah subseksyen 107(3) atau award Tribunal di bawah seksyen 112, mengikut kehendak keadaan, yang berhubungan dengan tuntutan itu hendaklah berkuat kuasa bagi melepaskan orang—
yang menjadi pihak kepada penyelesaian yang dipersetujui itu; atau
yang terhadapnya tuntutan dan award yang berikutan dengannya dibuat, daripada liabiliti berkenaan dengan amaun yang ditinggalkan sedemikian.
Perlindungan Pengguna 111