Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2021Read it in English

Bahagian XII · Tribunal bagi Tuntutan Pengguna

98. Bidang kuasa Tribunal

Feedback & support

In plain English

The tribunal hears consumer claims under this Act, including where no other law gives a remedy. The total claimed must not exceed fifty thousand ringgit. A respondent may raise a debt as a defence or counter-claim. The tribunal decides a counter-claim even if the original claim is withdrawn, abandoned or struck out. Claims may include consequential loss or damage.

Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.

(1)

Tertakluk pada seksyen 99 dan 100, Tribunal hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tuntutan pengguna dalam lingkungan Akta ini termasuklah tuntutan mengenai apa-apa barang-barang dan perkhidmatan yang baginya tidak ada mekanisme tebus rugi yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang lain dan jika jumlah amaun yang berkenaan dengannya award Tribunal diminta adalah tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

(2)

Tertakluk pada subseksyen (1), seseorang penentang kepada sesuatu tuntutan boleh membangkitkan suatu hutang atau tuntutan jumlah tertentu sebagai—

(a)

pembelaan; atau

(b)

tuntutan balas.

(3)

Jika penentang membangkitkan suatu hutang atau tuntutan jumlah tertentu mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (2)

Tribunal hendaklah—

(a)

memberi kuat kuasa kepada pembelaan itu; atau

(b)

mendengar dan memutuskan tuntutan balas itu walaupun tuntutan asal telah ditarik balik, ditinggalkan atau dibatalkan.

(4)

Apa-apa tuntutan yang dikemukakan kepada Tribunal boleh termasuk kerugian atau kerosakan yang berbangkit.

Report

Bahagian XIII

Penguatkuasaan

Bahagian XIV

Am dan Pelbagai

Schedules