Akta Perlindungan Pengguna 1999 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian XII · Tribunal bagi Tuntutan Pengguna
104. Penyingkiran bidang kuasa mahkamah
Feedback & supportJika sesuatu tuntutan dikemukakan kepada Tribunal dan tuntutan itu adalah dalam bidang kuasa Tribunal, isu yang dipertikaikan dalam tuntutan itu, sama ada sebagaimana yang ditunjukkan dalam tuntutan yang mula-mula atau muncul semasa pendengaran, tidak boleh menjadi perkara dalam prosiding antara pihak yang sama dalam mana-mana mahkamah melainkan jika—
prosiding di hadapan mahkamah itu telah dimulakan sebelum tuntutan itu dikemukakan kepada Tribunal; atau
tuntutan di hadapan Tribunal telah ditarik balik, ditinggalkan atau dibatalkan.
Jika perenggan (1)(a) terpakai, isu yang dipertikaikan dalam tuntutan yang dengannya prosiding itu berkaitan, sama ada sebagaimana yang ditunjukkan dalam tuntutan yang mula-mula atau muncul semasa pendengaran, tidak boleh menjadi perkara dalam prosiding antara pihak yang sama di hadapan Tribunal melainkan jika tuntutan di hadapan mahkamah telah ditarik balik, ditinggalkan atau dibatalkan.