Akta Perlindungan Pengguna 1999 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian XII · Tribunal bagi Tuntutan Pengguna
100. Peluasan bidang kuasa melalui perjanjian
Feedback & supportWalaupun amaun atau nilai hal perkara yang dituntut atau yang dipertikaikan melebihi lima puluh ribu ringgit, Tribunal hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan tuntutan jika pihak-pihaknya telah membuat suatu perjanjian secara bertulis bahawa Tribunal hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan tuntutan itu.
Suatu perjanjian boleh dibuat di bawah subseksyen (1)—
sebelum tuntutan itu dikemukakan di bawah seksyen 97;
atau
jika suatu tuntutan telah dikemukakan di bawah seksyen 97, pada bila-bila masa sebelum Tribunal merekodkan penyelesaian yang dipersetujui berkenaan dengan tuntutan itu di bawah subseksyen 107(3) atau telah memutuskan tuntutan itu di bawah seksyen 112, mengikut kehendak keadaan.