Skip to content

Seksyen 22

Bidang kuasa jenayah

of Akta Mahkamah Kehakiman 1964

ActIn forceProvision 23 of 99
Seksyen 22
(1)

Mahkamah Tinggi hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan—

(a)

segala kesalahan yang dilakukan—

(i)

dalam bidang kuasa tempatannya;

(ii)

di laut lepas di atas mana-mana kapal atau di atas mana-mana pesawat udara yang didaftarkan di Malaysia;

(iii)

oleh mana-mana warganegara atau mana-mana pemastautin tetap di laut lepas di atas mana-mana kapal atau di atas mana-mana pesawat udara;

(iv)

oleh mana-mana orang di laut lepas jika kesalahan itu ialah kesalahan pelanunan mengikut undang-undang antarabangsa; dan

(b)

kesalahan di bawah Bab VI Kanun Keseksaan [Akta 574], dan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam Jadual kepada Akta Kesalahan-Kesalahan Di Luar Negeri 1976 [Akta 163], atau kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain yang pelakuannya diperakui oleh Peguam Negara sebagai menjejaskan keselamatan Malaysia, yang dilakukan, mengikut mana-mana yang berkenaan—

(ii)

oleh mana-mana warganegara atau mana-mana pemastautin tetap di laut lepas di atas mana-mana kapal atau di atas mana-mana pesawat udara; atau

(i)

di laut lepas di atas mana-mana kapal atau di atas mana-mana pesawat udara yang didaftarkan di Malaysia;

(iii)

oleh mana-mana warganegara atau mana-mana pemastautin tetap di mana-mana tempat di luar sempadan Malaysia.

(2)

Mahkamah Tinggi boleh menjatuhkan apa-apa hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang.