Skip to content

Seksyen 25

Kuasa Mahkamah Tinggi

of Akta Mahkamah Kehakiman 1964

ActIn forceProvision 27 of 99
Seksyen 25
(1)

Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 121 Perlembagaan, Mahkamah Tinggi dalam menjalankan bidang kuasanya hendaklah mempunyai segala kuasa yang telah terletak hak padanya sebaik sebelum Hari Malaysia dan apa-apa kuasa lain yang terletak hak padanya oleh mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa dalam bidang kuasa tempatannya.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Mahkamah Tinggi hendaklah mempunyai kuasa tambahan yang dinyatakan dalam Jadual:

Dengan syarat bahawa segala kuasa itu hendaklah dijalankan mengikut mana-mana undang-undang bertulis atau kaedah-kaedah mahkamah yang berhubungan dengannya.