Seksyen 30
Rujukan soal perlembagaan oleh mahkamah rendah
of Akta Mahkamah Kehakiman 1964
Jika dalam apa-apa prosiding di mana-mana mahkamah rendah apa-apa soal berbangkit tentang kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan, pegawai yang mengetuai mahkamah itu boleh menggantung prosiding itu dan boleh menghantar rekod prosiding itu ke Mahkamah Tinggi.
(2)
Apa-apa rekod prosiding yang dihantar ke Mahkamah Tinggi di bawah seksyen ini hendaklah diperiksa oleh seorang Hakim Mahkamah itu dan jika Hakim itu memikirkan bahawa keputusan bagi soal tentang kesan sesuatu peruntukan Perlembagaan itu adalah perlu bagi memutuskan prosiding itu dia hendaklah memperlakukan kes itu mengikut seksyen 84 seolah-olah kes itu ialah suatu kes yang berada di hadapannya dalam bidang kuasa asal Mahkamah Tinggi di mana soal itu berbangkit.
(3)
Subseksyen (1) dan (2) hendaklah disifatkan sebagai kaedahkaedah mahkamah bagi maksud Perkara 128(2) Perlembagaan.
Penyemakan