Skip to content

Seksyen 36

Budi bicara Mahkamah tentang pendengaran pihak

of Akta Mahkamah Kehakiman 1964

ActIn forceProvision 39 of 99
Seksyen 36

Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa, tiada pihak boleh mempunyai apa-apa hak untuk didengar di hadapan Mahkamah Tinggi apabila Mahkamah itu menjalankan kuasa penyemakan dan pengawasannya:

Dengan syarat bahawa tiada perintah muktamad boleh dibuat yang memudaratkan mana-mana orang melainkan jika orang itu telah mendapat peluang untuk didengar.