Skip to content

Seksyen 28

Rayuan civil daripada mahkamah rendah

of Akta Mahkamah Kehakiman 1964

ActIn forceProvision 31 of 99
Seksyen 28
(1)

Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis yang lain, tiada rayuan boleh dibuat kepada Mahkamah Tinggi daripada sesuatu keputusan mahkamah rendah dalam apa-apa kausa atau perkara civil jika amaun yang dipertikaikan atau nilai hal perkara itu ialah sepuluh ribu ringgit atau kurang, kecuali atas soal undang-undang.

(2)

Sesuatu rayuan boleh dibuat daripada apa-apa keputusan mahkamah rendah dalam apa-apa prosiding yang berhubungan dengan penyenggaraan isteri atau anak, tanpa mengira amaun yang terlibat.