Seksyen 35
Bidang kuasa pengawasan dan penyemakan am Mahkamah Tinggi
of Akta Mahkamah Kehakiman 1964
Sebagai tambahan kepada kuasa yang diberikan kepada Mahkamah Tinggi oleh undang-undang ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain, Mahkamah Tinggi hendaklah mempunyai bidang kuasa pengawasan dan penyemakan am ke atas semua mahkamah rendah, dan khususnya boleh, tetapi tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang terdahulu, jika didapati perlu demi kepentingan keadilan, sama ada atas usulnya sendiri atau atas kehendak mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam apa-apa perkara atau prosiding, sama ada sivil atau jenayah, di mana-mana mahkamah rendah, meminta rekod bagi perkara atau prosiding itu, dan boleh memindahkannya ke Mahkamah Tinggi atau boleh memberikan apa-apa arahan kepada mahkamah rendah tentang pengendalian selanjutnya perkara atau prosiding itu sebagaimana yang diperlukan demi keadilan.
(2)
Apabila Mahkamah Tinggi meminta mana-mana rekod sebagaimana yang disebut terdahulu, segala prosiding di mahkamah rendah dalam perkara atau prosiding yang berkenaan hendaklah digantung sementara menunggu perintah selanjutnya daripada Mahkamah Tinggi.