Skip to content

Seksyen 23

Bidang kuasa civil - am

of Akta Mahkamah Kehakiman 1964

ActIn forceProvision 24 of 99
Seksyen 23
(1)

Tertakluk kepada had yang terkandung dalam Perkara 128 Perlembagaan, Mahkamah Tinggi hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan segala prosiding civil jika—

(a)

kausa tindakannya berbangkit;

(b)

defendan atau salah seorang daripada beberapa orang defendan bermastautin atau mempunyai tempat urusannya;

(c)

fakta yang atasnya prosiding itu diasaskan wujud atau dikatakan telah berlaku; atau

(d)

mana-mana tanah yang pemunyaannya dipertikaikan terletak, dalam bidang kuasa tempatan Mahkamah itu dan, walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini, dalam apa-apa hal, jika semua pihak bersetuju secara bertulis, dalam bidang kuasa tempatan Mahkamah Tinggi yang satu lagi itu.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Mahkamah Tinggi hendaklah mempunyai apa-apa bidang kuasa yang terletak hak padanya sebelum sahaja Hari Malaysia dan apa-apa bidang kuasa lain yang terletak hak padanya oleh mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa dalam bidang kuasa tempatannya.