Akta Pergigian 2018 · Updated to 26 Jun 2018 · Bahagian III · Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia
18. Section 18
Feedback & supportLembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
Pengarah Kanan yang hendaklah menjadi Pengerusi;
Ketua Profesion Juruterapi Pergigian yang hendaklah menjadi Pendaftar Juruterapi Pergigian;
seorang anggota Majlis yang dinamakan oleh
Yang Dipertua;
seorang juruterapi pergigian yang diambil berkerja sebagai tutor di Institut Latihan Kementerian Kesihatan
Malaysia (Pergigian) Georgetown, Pulau Pinang, yang dinamakan oleh Pengarah Institut Latihan Kementerian
Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown,
Pulau Pinang;
dua orang juruterapi pergigian daripada kalangan kakitangan akademik mana-mana institusi latihan tempatan yang memberikan kelayakan yang boleh didaftarkan bagi latihan juruterapi pergigian, yang dinamakan oleh
Yang Dipertua;
seorang juruterapi pergigian, yang diambil berkerja dalam angkatan tentera, yang dinamakan oleh Pengarah
Perkhidmatan Pergigian, Angkatan Tentera Malaysia;
lima orang juruterapi pergigian yang bermastautin di Semenanjung Malaysia, yang dinamakan oleh
Pengerusi;
dua orang juruterapi pergigian yang bermastautin di Sabah, yang dinamakan oleh Pengerusi; dan
Pergigian 23
dua orang juruterapi pergigian yang bermastautin di Sarawak, yang dinamakan oleh Pengerusi.
Anggota Lembaga di bawah perenggan (1)(c) hingga (i)
hendaklah dilantik oleh Menteri.
Seseorang juruterapi pergigian tidak boleh dilantik sebagai anggota Lembaga melainkan jika—
dia ialah warganegara Malaysia;
dia bermastautin di Malaysia; dan
dia memegang perakuan pengamalan tahunan yang sah.
Seseorang juruterapi pergigian tidak boleh pada masa yang sama berkhidmat sebagai anggota Lembaga dalam lebih daripada satu jawatan.
Pengerusi boleh mewakilkan mana-mana fungsinya kepada
Pendaftar Juruterapi Pergigian yang, semasa menjalankan fungsi itu, hendaklah tertakluk kepada pengawalan, penyeliaan dan arahan
Pengerusi.
Peruntukan Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi anggota
Lembaga.
Kehilangan kelayakan daripada penamaan dan pelantikan