Akta Pergigian 2018 · Updated to 26 Jun 2018 · Bahagian III · Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia
16. Fungsi Lembaga
Feedback & supportLembaga hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
(a)
untuk mendaftar dan mengeluarkan perakuan kepada juruterapi pergigian;
(b)
untuk mendaftar dan mengeluarkan perakuan kepada juruterapi pergigian pascaasas;
(c)
untuk mengawal selia apa-apa peperiksaan bagi pendaftaran juruterapi pergigian;
(d)
untuk mengawal selia standard amalan juruterapi pergigian;
(e)
untuk mengawal selia etika dan tatalaku profesional juruterapi pergigian; dan
(f)
untuk melakukan apa-apa perkara lain yang dikehendaki atau dibenarkan untuk dilakukan di bawah Akta ini.