Skip to content
In forceUpdated to 26 Jun 2018Read it in English

Bahagian III · Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia

19. Section 19

Feedback & support
(1)

Seseorang juruterapi pergigian tidak layak untuk dinamakan atau dilantik sebagai anggota Lembaga di bawah perenggan 18(1)(d)

hingga (i) jika—

(a)

dia telah didapati bersalah oleh mahkamah atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak, atau atas apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada hukuman pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda;

(b)

dia seorang bankrap yang belum dilepaskan;

(c)

namanya pada bila-bila masa telah dipotong daripada

Daftar Juruterapi Pergigian; atau

Undang-Undang Malaysia 24

(d)

namanya telah dipotong daripada mana-mana daftar juruterapi pergigian atau yang setara yang disenggara di mana-mana tempat di luar Malaysia akibat daripada apa-apa salah laku atau prosiding tatatertib.

(2)

Mana-mana juruterapi pergigian yang namanya telah digantung daripada Daftar Juruterapi Pergigian tidak layak untuk dilantik atau dinamakan, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah perenggan 18(1)(d) hingga (i) bagi tempoh enam tahun selepas tamat tempoh penggantungan itu.

(3)

Mana-mana juruterapi pergigian yang telah dicela di bawah perenggan 58(1)(c), tidak layak untuk dilantik atau dinamakan, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah perenggan 18(1)(d)

hingga (i) bagi tempoh tiga tahun dari tarikh pencelaan itu.

(4)

Jika seseorang anggota yang telah dilantik atau dipilih di bawah Akta ini hilang kelayakan oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, dia hendaklah disifatkan sebagai telah mengosongkan kerusinya.

Pembatalan dan peletakan jawatan anggota Lembaga

Report

Bahagian IV

Pendaftaran Pengamal

Bab 1

Bab 2

Bab 3

Bab 4

Bahagian V

Prosiding Tatatertib

Bahagian VI

Kesalahan

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Pelbagai

Bahagian IX

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules