Daftar Pergigian hendaklah terdiri daripada bahagian yang berikut:
Bahagian I, yang hendaklah berkenaan dengan orang yang didaftarkan sebagai doktor pergigian;
Bahagian II, yang hendaklah berkenaan dengan orang yang didaftarkan sebagai dentis; dan
Bahagian Pakar, yang hendaklah berkenaan dengan orang yang didaftarkan sebagai pakar pergigian.
Daftar Bersyarat hendaklah terdiri daripada nama dan butir-butir lain seseorang yang didaftarkan di bawah seksyen 36.
Daftar Juruterapi Pergigian hendaklah terdiri daripada bahagian yang berikut:
Bahagian A, yang hendaklah berkenaan dengan orang yang didaftarkan sebagai juruterapi pergigian; dan
Bahagian B, yang hendaklah berkenaan dengan orang yang didaftarkan sebagai juruterapi pergigian pascaasas.
Daftar Perakuan Pengamalan Sementara Pergigian dan
Daftar Perakuan Pengamalan Sementara Juruterapi Pergigian hendaklah terdiri daripada nama dan butir-butir lain seseorang yang didaftarkan di bawah seksyen 40.
Pergigian 27
Mana-mana orang boleh, apabila membayar fi yang ditetapkan dalam Jadual Keempat, memperoleh cabutan suatu entri dalam
Daftar Pergigian, Daftar Bersyarat, Daftar Juruterapi Pergigian,
Daftar Perakuan Pengamalan Sementara Pergigian dan Daftar
Perakuan Pengamalan Sementara Juruterapi Pergigian.
Daftar Pergigian dan Daftar Juruterapi Pergigian yang disenggara di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai suatu dokumen awam dalam pengertian Akta Keterangan 1950
[Akta 56].