Skip to content
In forceUpdated to 26 Jun 2018Read it in English

Bab 1

27. Pemotongan nama daripada Daftar

Feedback & support
(1)

Pendaftar Pergigian atau Pendaftar Juruterapi Pergigian hendaklah memotong daripada Daftar Pergigian atau Daftar

Juruterapi Pergigian, mengikut mana-mana yang berkenaan, nama dan butir-butir lain seseorang pengamal pergigian atau juruterapi pergigian—

(a)

yang telah meninggal dunia;

Undang-Undang Malaysia 28

(b)

yang tidak lagi menjalankan amalan pergigian;

(c)

yang telah, selepas penyiasatan sewajarnya oleh Panel

Kelayakan Mengamal, didapati tidak layak untuk melaksanakan tugas profesionalnya, oleh sebab kelemahan mental atau fizikalnya, atau didapati tidak kompeten untuk menjalankan tugas profesionalnya sebagai pengamal pergigian atau juruterapi pergigian; atau

(d)

yang telah, selepas penyiasatan sewajarnya oleh Majlis atau Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, didapati telah didaftarkan atas kesilapan mengenai kelulusannya bagi pendaftaran, dan tidak pada masa pendaftarannya berhak untuk didaftarkan.

(2)

Pendaftar Pergigian hendaklah memberitahu pengamal pergigian, atau Pendaftar Juruterapi Pergigian hendaklah memberitahu juruterapi pergigian, mengenai pemotongan namanya di bawah perenggan (1)(b), (c) atau (d).

(3)

Pendaftar Pergigian atau Pendaftar Juruterapi Pergigian hendaklah menyiarkan dalam Warta nama tiap-tiap pengamal pergigian atau juruterapi pergigian yang pendaftarannya telah dipotong di bawah perenggan (1)(b), (c) atau (d).

Report

Bab 2

Bab 3

Bab 4

Bahagian V

Prosiding Tatatertib

Bahagian VI

Kesalahan

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Pelbagai

Bahagian IX

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules