Pendaftar Pergigian atau Pendaftar Juruterapi Pergigian boleh memasukkan dan mengaku saksi dalam Daftar Pergigian atau Daftar Juruterapi Pergigian, mengikut mana-mana yang berkenaan—
apa-apa perubahan yang mungkin diketahui olehnya mengenai nama atau alamat mana-mana pengamal pergigian atau juruterapi pergigian yang didaftarkan di bawah Akta ini; dan
apa-apa perubahan kelayakan, kelayakan tambahan dan butir-butir lain yang dikehendaki untuk diubah di bawah Akta ini.
Mana-mana orang yang didaftarkan di bawah Akta ini yang memperoleh apa-apa kelayakan pergigian selain kelayakan yang dengannya dia didaftarkan boleh memohon kepada Majlis atau
Lembaga untuk mengubah Daftar Pergigian atau Daftar Juruterapi
Pergigian setakat yang berkaitan dengan kelayakannya.
Majlis atau Lembaga hendaklah memutuskan ijazah atau kelayakan tambahan yang lain yang hendaklah diterima untuk dimasukkan dalam Daftar Pergigian atau Daftar Juruterapi Pergigian.