Skip to content
In forceUpdated to 26 Jun 2018Read it in English

Bab 4

46. Menandatangani perakuan sakit pergigian dan dokumen lain

Feedback & support
(1)

Suatu perakuan sakit pergigian atau dokumen lain yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang bertulis untuk ditandatangani oleh seorang pengamal pergigian yang berkelayakan sewajarnya tidak sah melainkan jika perakuan atau dokumen itu ditandatangani oleh seorang doktor pergigian.

(2)

Seseorang doktor pergigian yang membenarkan mana-mana orang lain untuk menandatangani perakuan sakit pergigian atau dokumen lain yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang bertulis untuk ditandatangani oleh seorang pengamal pergigian yang berkelayakan sewajarnya hendaklah tertakluk kepada hukuman tatatertib oleh Majlis.

(3)

Bagi maksud subseksyen (1) dan (2), perkataan “pengamal pergigian yang berkelayakan sewajarnya” atau apa-apa perkataan yang bererti seseorang yang diiktiraf di sisi undang-undang sebagai

Pergigian 45

seorang pengamal pergigian yang layak, apabila digunakan dalam mana-mana undang-undang bertulis dengan merujuk kepada orang itu, hendaklah ditafsirkan sebagai seorang doktor pergigian.

Report

Bahagian V

Prosiding Tatatertib

Bahagian VI

Kesalahan

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Pelbagai

Bahagian IX

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules