Akta Pergigian 2018 · Updated to 26 Jun 2018 · Bab 4
48. Pertubuhan perbadanan pergigian dan syarikat pergigian
Feedback & supportSuatu pertubuhan perbadanan pergigian atau syarikat pergigian boleh menjalankan perniagaan pergigian jika—
pertubuhan perbadanan pergigian atau syarikat pergigian itu tidak menjalankan perniagaan selain perniagaan pergigian atau perniagaan sampingan kepada perniagaan pergigian itu; dan
sekurang-kurangnya separuh daripada anggota Lembaga
Pengarah pertubuhan perbadanan pergigian atau syarikat pergigian itu merupakan doktor pergigian.
Walau apa pun subseksyen (1), suatu pertubuhan perbadanan atau syarikat boleh menjalankan perniagaan pergigian, jika rawatan pergigian atau perkhidmatan pergigian disediakan—
di hospital atau pusat penjagaan ambulatori;
sebagai sebahagian daripada fakulti pergigian atau sekolah pergigian, di institusi latihan tempatan;
Undang-Undang Malaysia 46
bagi pekerjanya oleh seorang pengamal pergigian, selain bagi keuntungan; atau
melalui pihak berkuasa tempatan atau badan berkanun oleh seorang pengamal pergigian.
Mana-mana pertubuhan perbadanan atau syarikat yang tidak mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu—
merupakan pengarah, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang bersamaan bagi pertubuhan perbadanan atau syarikat itu; atau
yang berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat sedemikian yang disebut dalam perenggan (a) atau dengan apa-apa cara atau pada apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan atau syarikat itu atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian—
boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan atau syarikat itu; dan
hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuannya atau pengetahuannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk menghalang perlakuan kesalahan itu sebagaimana yang patut dijalankannya, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan semua hal keadaan.
Jika mana-mana orang yang bertanggungjawab di bawah
Akta ini atau apa-apa perundangan subsidiarinya kepada apa-apa hukuman atau penalti bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, kecuaian atau keingkaran, dia hendaklah bertanggungjawab kepada hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, kecuaian atau keingkaran mana-mana pengamal yang digajikan olehnya, pekerja atau ejen itu, atau pekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, kecuaian atau keingkaran itu telah dilakukan—
oleh pekerjanya dalam penjalanan pekerjaannya;
Pergigian 47
oleh ejen semasa bertindak bagi pihaknya; atau
oleh pekerja ejen itu dalam penjalanan pekerjaannya oleh ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu.