Skip to content
In forceUpdated to 26 Jun 2018Read it in English

Bab 4

50. Menjalankan tatacara pergigian

Feedback & support
(1)

Seseorang yang mengikuti kursus pengajian dalam bidang pergigian, sama ada sebagai pengamal pergigian atau juruterapi pergigian, di mana-mana institusi latihan tempatan boleh menjalankan, menurut kursus pengajian itu, apa-apa penyiasatan pergigian, pemeriksaan pergigian atau rawatan pergigian ke atas pesakit di mana-mana hospital, klinik, pusat kesihatan, atau institusi lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah bagi maksud seksyen ini, dengan syarat penyiasatan, pemeriksaan atau rawatan itu dijalankan oleh orang yang di bawah kawalan dan pengawasan seorang doktor pergigian yang memegang perakuan pengamalan yang sah.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), seseorang yang mengikuti kursus pengajian sebagai juruterapi pergigian hendaklah hanya menjalankan penyiasatan pergigian, pemeriksaan pergigian atau rawatan pergigian ke atas pesakit sebagaimana yang tersenarai dalam Jadual Kelima dan

Jadual Keenam.

(3)

Seseorang boleh menjalankan tatacara pergigian yang termasuk dalam pengertian amalan pergigian, jika orang itu diambil bekerja dalam perkhidmatan awam bagi maksud itu dan tatacara pergigian itu dijalankan dalam penjalanan pekerjaannya dan di bawah pengawasan pakar pergigian dalam perkhidmatan awam.

Undang-Undang Malaysia 48

(4)

Seseorang yang diberikan kelulusan secara bertulis untuk menduduki Peperiksaan Kelayakan Profesional, boleh menjalankan tatacara pergigian, dengan syarat tatacara itu dijalankan—

(a)

dengan kelulusan Majlis semasa menjalani mana-mana latihan sebagai persediaan bagi Peperiksaan Kelayakan

Profesional; atau

(b)

sebagai kehendak Peperiksaan Kelayakan Profesional.

Report

Bahagian V

Prosiding Tatatertib

Bahagian VI

Kesalahan

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Pelbagai

Bahagian IX

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules