Akta Pergigian 2018 · Updated to 26 Jun 2018 · Bahagian VII · Penguatkuasaan
73. Kuasa untuk mengelak
Feedback & supportJika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, pemindahan apa-apa rekod, peralatan, perkakas, bahan pergigian atau perubatan, atau benda lain tidak boleh dilaksanakan, pegawai diberi kuasa hendaklah dengan apa-apa cara—
meletakkan rekod, peralatan, perkakas, bahan pergigian atau perubatan, atau benda lain di dalam sebuah bilik, ruang atau kabinet yang terletak di dalam premis itu;
dan
menanda, menutup dan mengelak bekas, pintu atau bukaan yang memberi akses ke bilik, ruang atau kabinet itu.
Jika pegawai diberi kuasa mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana premis sedang digunakan sebagai tempat menjalankan amalan pergigian oleh seseorang yang tidak berdaftar, pegawai diberi kuasa boleh dengan apa-apa cara mengelak premis itu.
Orang yang menghuni atau menggunakan premis itu sebagai tempat amalan, boleh dalam tempoh dua puluh satu hari dari pengelakan itu, mengemukakan kepada Ketua Pengarah perakuan pendaftaran dan perakuan pengamalan orang yang dikatakan tidak berdaftar yang disebut dalam subseksyen (2).
Pengelakan di bawah subseksyen (2) hendaklah dialihkan jika orang yang dirujuk dalam subseksyen (3) mematuhi kehendak subseksyen itu.
Undang-Undang Malaysia 64
Mana-mana orang yang memecah, mengusik atau merosakkan lak itu atau mengalihkan rekod, peralatan, perkakas, bahan pergigian atau perubatan, atau benda lain yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya.