Skip to content
In forceUpdated to 26 Jun 2018Read it in English

Bahagian VII · Penguatkuasaan

72. Kewajipan untuk membantu pegawai diberi kuasa

Feedback & support
(1)

Apabila seseorang pegawai diberi kuasa menjalankan kuasanya di bawah Akta ini, pengamal atau pemilik atau penghuni mana-mana premis yang digunakan atau dipercayai telah digunakan sebagai tempat untuk menjalankan amalan pergigian dan mana-mana orang yang dijumpai dalam premis itu hendaklah—

(a)

menyediakan kepada pegawai diberi kuasa bantuan sebagaimana yang dikehendaki secara munasabah oleh pegawai diberi kuasa itu;

Pergigian 63

(b)

memberi pegawai diberi kuasa semua maklumat yang munasabah dalam perkara berkaitan; dan

(c)

mengemukakan kepada pegawai diberi kuasa apa-apa buku, rekod atau dokumen dalam milikan atau jagaannya atau di bawah kawalannya atau dalam kuasanya untuk diberi, yang berhubungan dengan hal ehwal tempat amalan.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit.

Report

Bahagian VIII

Pelbagai

Bahagian IX

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules