Akta Pergigian 2018 · Updated to 26 Jun 2018 · Bahagian VII · Penguatkuasaan
74. Pelucuthakan barangan yang disita
Feedback & supportSemua barangan yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini boleh dilucuthakkan.
Suatu perintah bagi pelucuthakan atau pelepasan mana-mana barangan yang disita dalam menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengannya telah diadakan dan suatu perintah bagi pelucuthakan barangan yang disita hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa barangan yang disita itu adalah hal perkara bagi atau telah digunakan dalam perlakuan kesalahan itu, walaupun tiada orang yang telah disabitkan atas kesalahan itu.
Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana barangan yang disita dalam menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, barangan itu hendaklah diambil dan disifatkan telah dilucuthakkan apabila tamat tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyitaan melainkan suatu tuntutan untuk barangan itu dibuat sebelum tarikh itu dengan cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5) dan (6).
Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya barangan itu dan bahawa barangan itu tidak boleh dilucut hak boleh, secara sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis, memberikan suatu notis bertulis kepada pegawai diberi kuasa bahawa dia menuntut barangan itu.
Apabila menerima notis itu pegawai diberi kuasa hendaklah merujuk perkara itu kepada mahkamah untuk keputusan.
Mahkamah yang perkara itu dirujuk hendaklah mengeluarkan saman menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya barangan dan orang yang daripadanya barangan itu
Pergigian 65
disita untuk hadir di hadapannya, dan apabila dia hadir atau tidak hadir, setelah penyerahan saman dibuktikan, mahkamah hendaklah meneruskan pemeriksaan mengenai perkara itu dan dibuktikan bahawa kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan barangan itu adalah hal perkara atau yang digunakan dalam perlakuan kesalahan itu, hendaklah mengarahkan supaya barangan itu dilucuthakkan atau boleh, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasannya.
Semua barangan yang dilucuthakkan atau disifatkan telah dilucuthakkan hendaklah diserahkan kepada pegawai diberi kuasa dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Ketua Pengarah.