Skip to content
In forceUpdated to 6 Oct 2023Read it in English
Contents

Bahagian VIII · Pemeriksaan dan Penyiasatan

90. Kuasa untuk memeriksa orang

Feedback & support
(1)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis, atau sumpah, aku janji atau kehendak kerahsiaan atau penyimpanan rahsia yang bertentangan, atau sesuatu obligasi di bawah sesuatu perjanjian atau perkiraan, yang nyata atau tersirat, yang bertentangan, seseorang pegawai penyiasat yang menjalankan sesuatu penyiasatan hendaklah mempunyai kuasa untuk mengendalikan sumpah atau ikrar bagi orang yang diperiksa itu.

(2)

Seseorang pegawai penyiasat boleh memerintahkan, secara lisan atau bertulis, supaya mana-mana orang yang dipercayainya mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu—

(a)

hadir di hadapannya bagi pemeriksaan;

(b)

mengemukakan di hadapannya, dalam tempoh yang ditentukan oleh pegawai itu, apa-apa harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, maklumat, artikel atau benda yang boleh membantu dalam penyiasatan atas kesalahan atau kemungkiran itu; atau

(c)

memberinya suatu pernyataan bertulis yang dibuat dengan bersumpah atau berikrar yang menyatakan apa-apa maklumat yang dikehendakinya.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.

(4)

Orang yang diperiksa di bawah subseksyen (2) terikat di sisi undang-undang untuk menjawab semua soalan yang berhubungan dengan kes itu yang ditujukan kepadanya oleh pegawai penyiasat, tetapi dia boleh enggan untuk menjawab apa-apa soalan yang mempunyai kecenderungan untuk mendedahkannya kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.

Institusi Kewangan Pembangunan 115

(5)

Orang yang membuat pernyataan di bawah perenggan (2)(c)

terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat pada keseluruhannya atau sebahagiannya dalam menjawab soalan pegawai penyiasat itu.

(6)

Seseorang pegawai penyiasat yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (2) hendaklah memberitahu orang itu terlebih dahulu mengenai peruntukan subseksyen (4) dan (5).

(7)

Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah perenggan (2)(c) hendaklah, bilamana mungkin, diubah ke dalam bentuk tulisan dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya—

(a)

selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa dia membuatnya; dan

(b)

selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.

(8)

Mana-mana orang yang—

(a)

tidak hadir di hadapan seseorang pegawai penyiasat sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (2)(a);

(b)

enggan menjawab apa-apa soalan yang ditujukan kepadanya oleh seseorang pegawai penyiasat di bawah subseksyen (4); atau

(c)

memberi seseorang pegawai penyiasat apa-apa maklumat atau pernyataan yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa butir material, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.

116

Undang-Undang Malaysia

Report

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian XIV

Bahagian XIV Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Penggal 2,

Bahagian XV

Bahagian XV Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan dalam pemakaian mana-mana peruntukan Akta ini bagi mana-mana orang, peruntukan itu hendaklah terpakai ter

Schedules