Skip to content
In forceUpdated to 6 Oct 2023Read it in English
Contents

Bahagian VIII · Pemeriksaan dan Penyiasatan

95. Penyerahan harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, maklumat, artikel atau benda

Feedback & support
(1)

Seseorang pegawai penyiasat boleh, dengan notis bertulis, menghendaki mana-mana orang supaya menyerahkan kepadanya apa-apa harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, maklumat, artikel atau benda yang dia mempunyai sebab untuk mengesyaki telah digunakan dalam pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau dapat membantu dalam penyiasatan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini yang berada dalam milik atau jagaan, atau di bawah kawalan, orang itu atau yang orang itu mempunyai kuasa untuk memberikannya.

(2)

Seseorang pegawai penyiasat boleh memberikan kebenaran kepada mana-mana orang untuk memeriksa harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, maklumat, artikel atau benda yang ditahan dan diambil milik di bawah subseksyen (1) jika orang itu berhak untuk memeriksa harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, maklumat, artikel atau benda itu di bawah Akta ini.

(3)

Seseorang yang—

(a)

tidak menyerahkan apa-apa harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, maklumat, artikel atau benda yang dikehendaki oleh seseorang pegawai penyiasat; atau

(b)

menghalang atau menggalang seseorang pegawai penyiasat semasa menjalankan apa-apa kuasanya di bawah subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.

120

Undang-Undang Malaysia

Penyitaan harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, maklumat, artikel atau benda

Report

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian XIV

Bahagian XIV Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Penggal 2,

Bahagian XV

Bahagian XV Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan dalam pemakaian mana-mana peruntukan Akta ini bagi mana-mana orang, peruntukan itu hendaklah terpakai ter

Schedules