Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian VIII · Pemeriksaan dan Penyiasatan
84. Section 84
Feedback & supportSesuatu institusi yang ditetapkan atau subsidiarinya yang sedang diperiksa dan pengarah, pekerja dan ejennya—
hendaklah memberi Bank akses kepada dokumennya, termasuk dokumen hakmilik kepada asetnya, semua cagaran yang dipegang olehnya berkenaan dengan urusan pelanggannya dan pelaburan yang dipegang olehnya, wang tunai, premis, perkakas, kelengkapan atau jentera, dan mengemukakan kepada Bank semua dokumen atau wang tunai itu, sebagaimana yang dikehendaki oleh Bank dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;
hendaklah menyediakan kemudahan kepada Bank untuk menjalankan pemeriksaan itu; dan
hendaklah memberi Bank, secara lisan atau bertulis, apa-apa maklumat yang dikehendakinya yang berhubungan dengan urusan orang itu, atau ejennya, dalam apa-apa masa yang ditentukan oleh Bank.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.
Bank boleh mengambil milik apa-apa dokumen, hakmilik, cagaran, wang tunai, perkakas, kelengkapan atau jentera yang kepadanya dia mempunyai akses di bawah subseksyen (1) jika pada pendapatnya—
pengambilan milik itu perlu bagi maksud pemeriksaan itu, termasuk membuat salinan atau membuat petikan;
dokumen atau wang tunai itu mungkin diganggu, dimusnahkan, disembunyikan atau dialihkan melainkan jika dia mengambil miliknya; atau
Institusi Kewangan Pembangunan 107
dokumen atau wang tunai itu mungkin diperlukan sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding undang-undang, sama ada sivil atau jenayah, yang mungkin dimulakan di bawah
Akta ini, Akta Bank Negara Malaysia 2009 atau mana-mana undang-undang bertulis lain.
Mana-mana orang yang enggan membenarkan Bank untuk mengambil milik dokumen, hakmilik, cagaran, wang tunai, perkakas, kelengkapan atau jentera di bawah subseksyen (3), melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.