Skip to content
In forceUpdated to 6 Oct 2023Read it in English
Contents

Bahagian VIII · Pemeriksaan dan Penyiasatan

89. Kuasa pegawai penyiasat

Feedback & support
(1)

Seseorang pegawai penyiasat yang dilantik di bawah subseksyen 88(1) boleh, tanpa suatu waran geledah—

(a)

memasuki mana-mana premis;

(b)

menggeledah premis itu, menyita dan menahan apa-apa harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat yang perlu pada pendapat pegawai penyiasat itu, bagi maksud penyiasatan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini;

(c)

memeriksa, membuat salinan, atau mengambil petikan daripada, mana-mana rekod, laporan, dokumen, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat yang disita dan ditahan sedemikian, termasuk mengakses mana-mana program atau data yang disimpan di dalam mana-mana komputer atau mempunyai akses untuk memeriksa atau menyemak operasi mana-mana komputer dan apa-apa perkakas atau bahan yang berkaitan dengannya;

(d)

mengambil milik, dan mengalihkan dari premis itu, apa-apa harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat yang disita dan ditahan sedemikian dan menahannya selama apa-apa tempoh yang difikirkannya perlu;

(e)

memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu, jika pegawai penyiasat itu mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa pada diri orang itu ada apa-apa

112

Undang-Undang Malaysia harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat, termasuklah dokumen persendirian, yang perlu, pada pendapat pegawai penyiasat itu, bagi maksud penyiasatan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini;

(f)

memecah buka, memeriksa, dan menggeledah, apa-apa barang, bekas atau wadah, termasuk mengakses komputer;

atau

(g)

memberhentikan, menahan atau memeriksa apa-apa kenderaan.

(2)

Seseorang pegawai penyiasat boleh jika perlu berbuat demikian—

(a)

memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam sesuatu premis itu dan memasuki premis itu;

(b)

menghapuskan dengan menggunakan kekerasan apa-apa halangan terhadap kemasukan, penggeledahan, penyitaan, penahanan atau pengalihan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya; atau

(c)

menahan mana-mana orang yang dijumpai di premis itu sehingga penggeledahan itu selesai.

(3)

Seseorang pegawai penyiasat boleh menyita, mengambil milik, dan menahan selama apa-apa jangka masa yang difikirkannya perlu, apa-apa harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat yang dikemukakan kepadanya dalam perjalanan penyiasatannya atau yang dijumpai pada orang yang sedang diperiksa olehnya.

(3A)

Seorang pegawai penyiasat hendaklah, bagi maksud seksyen ini, disediakan dengan kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki bagi membolehkan pemahaman apa-apa program atau data yang disimpan di dalam mana-mana komputer termasuk dalam

Institusi Kewangan Pembangunan 113

suatu bentuk yang maklumat yang terkandung di dalam suatu komputer dapat diambil dan yang ia dapat dilihat dan dibaca.

(3B)

Apa-apa output komputer, data, buku, dokumen, maklumat atau pernyataan yang diperoleh atau diberikan kepada seorang pegawai penyiasat semasa suatu penggeledahan di bawah seksyen ini hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang yang berlawanan, boleh diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding di bawah Akta ini.

(4)

Seseorang pegawai penyiasat, semasa menjalankan penyiasatan atau pemeriksaannya, hendaklah—

(a)

menyediakan dan menandatangani suatu senarai tiap-tiap harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat yang disita; dan

(b)

menyatakan dalam senarai itu lokasi di mana, atau orang yang padanya, harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat itu dijumpai atau diperoleh.

(5)

Penghuni premis yang dimasuki dalam penyiasatan, atau mana-mana orang bagi pihaknya, hendaklah dibenarkan untuk hadir pada tiap-tiap masa penggeledahan itu, menandatangani senarai geledah itu atau mengecap cap ibu jarinya atas senarai itu, dan diberikan satu salinan senarai geledah yang disediakan dan ditandatangani atau dicap dengan cap ibu jari di bawah seksyen ini.

(6)

Jika penghuni premis itu atau orang yang bertindak bagi pihak penghuni itu enggan menandatangani senarai geledah itu atau mengecap cap ibu jarinya atas senarai geledah itu, pegawai penyiasat hendaklah mengendorskan atas senarai geledah itu, di bawah namanya, hakikat dan sebab keengganan itu, jika ada, yang dinyatakan oleh penghuni itu atau orang yang bertindak bagi pihak penghuni itu.

114

Undang-Undang Malaysia

Report

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian XIV

Bahagian XIV Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Penggal 2,

Bahagian XV

Bahagian XV Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan dalam pemakaian mana-mana peruntukan Akta ini bagi mana-mana orang, peruntukan itu hendaklah terpakai ter

Schedules