Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian VIII · Pemeriksaan dan Penyiasatan
93. Halangan terhadap penjalanan kuasa oleh pegawai penyiasat
Feedback & supportMana-mana orang yang—
enggan memberi mana-mana pegawai penyiasat akses ke mana-mana premis atau enggan membenarkan dirinya diperiksa;
mengamang, menghalang, menggalang atau melambat-lambatkan seseorang pegawai penyiasat masuk sedangkan dia berhak untuk masuk;
tidak mematuhi apa-apa permintaan sah mana-mana pegawai penyiasat dalam melaksanakan kewajipannya di bawah Bahagian ini;
enggan memberi seseorang pegawai penyiasat apa-apa harta, dokumen atau maklumat yang mungkin semunasabahnya dikehendaki daripadanya dan yang dia mempunyai kuasa untuk memberikannya;
tidak mengemukakan kepada, atau menyembunyikan atau cuba untuk menyembunyikan daripada, seseorang pegawai penyiasat, apa-apa harta, rekod, laporan atau dokumen yang dikehendaki oleh seseorang pegawai penyiasat;
membebaskan atau cuba untuk membebaskan apa-apa benda yang telah disita dengan sewajarnya;
memberi seseorang pegawai penyiasat sebagai benar apa-apa maklumat yang dia tahu atau yang dia mempunyai sebab untuk percaya adalah palsu; atau
sebelum atau selepas apa-apa penggeledahan atau penyitaan, memecahkan atau selainnya memusnahkan apa-apa benda untuk menghalang penyitaannya, atau pengambilan harta, rekod, laporan atau dokumen itu,
118
Undang-Undang Malaysia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.
Kehendak supaya menyediakan terjemahan