Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian VIII · Pemeriksaan dan Penyiasatan
96. Section 96
Feedback & supportSeseorang pegawai penyiasat boleh menyita, mengambil milik dan menyimpan selama tempoh yang difikirkannya perlu apa-apa harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, maklumat, artikel atau benda yang dikemukakan di hadapannya dalam pemeriksaan di bawah perenggan 90(2)(a) atau (b), atau pemeriksaan seseorang di bawah subseksyen 92(1), untuk memastikan sama ada apa-apa jua yang berkaitan dengan penyiasatan itu disembunyikan, atau selainnya, pada diri orang itu.