Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian VIII · Pemeriksaan dan Penyiasatan
94. Section 94
Feedback & supportJika seseorang pegawai penyiasat menjumpai, menyita, menahan, atau mengambil milik apa-apa harta, rekod, laporan, dokumen, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat yang, keseluruhannya atau sebahagiannya, dalam suatu bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, atau dalam apa-apa isyarat atau kod, pegawai penyiasat itu boleh, secara lisan atau bertulis, menghendaki orang yang memiliki, menjaga atau mengawal harta, rekod, laporan, dokumen, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat itu supaya memberi pegawai penyiasat itu suatu terjemahan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh pegawai penyiasat itu.
Tiada seorang pun dengan disedarinya boleh mengemukakan terjemahan di bawah subseksyen (1) yang bukan suatu terjemahan dokumen itu yang tepat, benar dan betul.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi kehendak dalam subseksyen (1) atau melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.
Jika orang yang dikehendaki supaya memberikan terjemahan di bawah subseksyen (1) bukan orang yang disyaki telah melakukan kesalahan, Bank boleh membayarnya fi yang munasabah dan membayar balik kepada orang itu apa-apa belanja yang munasabah yang telah dilakukan olehnya pada memberikan terjemahan itu.
Institusi Kewangan Pembangunan 119