Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2025Read it in English

Bahagian VII · Kesalahan dan Prosiding

63. Perintah Mahkamah

Feedback & support
(1)

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, jika seseorang majikan didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah subseksyen 43(2) atau 48(3), Mahkamah yang di hadapannya majikan itu didapati bersalah hendaklah

90 Undang-Undang Malaysia AKTA 452

memerintahkan majikan itu membayar kepada Kumpulan Wang apa-apa amaun caruman, bersama-sama dengan apa-apa dividen yang dikreditkan ke atasnya, yang genap masa untuk dibayar dan kena dibayar kepada Lembaga dan diperakui oleh seorang pegawai yang diberi kuasa oleh Lembaga sebagai kena dibayar daripada majikan itu sebelum tarikh dapatan bersalah itu.

(1A)

Jika seseorang majikan didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah subseksyen 47(2), mahkamah yang di hadapannya majikan itu didapati bersalah hendaklah memerintahkan majikan itu membayar kepada pekerja itu melalui Kumpulan Wang apa-apa amaun upah pekerja yang telah dipotong untuk membayar syer majikan bersama-sama dengan apa-apa dividen yang kena dibayar dan diperakui oleh seorang pegawai yang diberi kuasa oleh Lembaga sebagai kena dibayar oleh majikan itu, sebelum tarikh dapatan bersalah itu.

(2)

Jika seseorang majikan didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah subseksyen 45(3), Mahkamah yang di hadapannya majikan itu didapati bersalah hendaklah memerintahkan majikan itu membayar kepada Kumpulan Wang amaun apa-apa dividen ke atasnya yang genap masa untuk dibayar dan kena dibayar kepada Lembaga dan diperakui oleh seorang pegawai yang diberi kuasa oleh Lembaga sebagai kena dibayar daripada majikan itu.

(3)

Perintah mahkamah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1), (1A) atau (2) atau kedua-duanya hendaklah dijelaskan oleh majikan secara sekali pembayaran pada tarikh perintah dikeluarkan melainkan jika Mahkamah berpuas hati bahawa majikan itu tidak berupaya dari segi kewangan dan atas sebab khas kesalahan itu dilakukan, Mahkamah bolehlah memerintahkan pembayaran tunggakan caruman dibuat secara yang tidak melebihi enam ansuran bulanan mulai tarikh perintah itu.

(4)

Jika seseorang majikan tidak mematuhi mana-mana perintah di bawah subseksyen (1A) atau (3), Mahkamah hendaklah, atas permohonan Lembaga, mengeluarkan suatu waran untuk melevi harta majikan itu bagi mendapatkan keseluruhan jumlah tunggakan caruman itu mengikut cara yang berikut:

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 91

(a)

secara distres dan penjualan harta majikan itu mengikut tatacara yang sama seperti pelaksanaan di bawah

*Kaedah-Kaedah

Mahkamah

Rendah 1980

[P.U. (A) 328/1980] dan pelaksanaan ini hendaklah terpakai secara mutatis mutandis walau apa pun amaun dalam perintah tunggakan caruman atau dividen atau kedua-duanya; atau

(b)

cara yang sama seperti suatu denda sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 283 Kanun Tatacara

Jenayah [Akta 593].

Report

Bahagian VIII

Kuasa untuk Membuat Peraturan-Peraturan dan Kaedah-Kaedah

Bahagian IX

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Schedules