Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 · Updated to 1 Oct 2025 · Bahagian VII · Kesalahan dan Prosiding
70G. Penghentian tanggungan untuk mencarum
Feedback & support(1)
Tanggungan untuk mencarum seseorang pekerja yang bukan seorang warganegara Malaysia dan majikannya hendaklah terhenti pada dua bulan terakhir—
(a)
sebelum tamat tempoh pas kerja pekerja itu; atau
(b)
sebelum tamat apa-apa tempoh lanjutan pas kerja pekerja itu.
(2)
Bagi maksud seksyen ini—
“pas kerja” ertinya pas yang dikeluarkan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan imigresen.
Penghentian pembayaran dividen dan pemindahan kepada
Pendaftar Wang Tak Dituntut