Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2025Read it in English

Bahagian VII · Kesalahan dan Prosiding

65. Prosiding sivil bagi mendapatkan kembali caruman

Feedback & support
(1)

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain kesemua caruman yang kena dibayar di bawah Akta ini boleh, tanpa menjejaskan apa-apa remedi lain, didapatkan kembali oleh Lembaga secara terus sebagai hutang sivil.

(2)

Prosiding bagi mendapatkan kembali secara terus sebagai hutang sivil akan caruman bolehlah dimulakan oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa bagi maksud itu melalui arahan khas atau arahan am daripada Pengerusi dan mana-mana pegawai sedemikian bolehlah menjalankan prosiding tersebut.

*CATATAN—Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980 [P.U. (A) 328/1980] telah dimansuhkan oleh

Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [P.U. (A) 205/2012] yang berkuat kuasa pada 1 Ogos 2012.

92 Undang-Undang Malaysia AKTA 452

(3)

Dalam seksyen ini perkataan “caruman” hendaklah disifatkan sebagai termasuk apa-apa dividen dan caj lewat bayar yang kena dibayar ke atas mana-mana caruman.

Report

Bahagian VIII

Kuasa untuk Membuat Peraturan-Peraturan dan Kaedah-Kaedah

Bahagian IX

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Schedules