Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2025Read it in English

Bahagian VII · Kesalahan dan Prosiding

69. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

Feedback & support

Jika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya telah dilakukan oleh pertubuhan perbadanan, firma, pertubuhan atau kumpulan orang lain, mana-mana orang yang pada masa perlakuan kesalahan itu adalah pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya atau pekongsi dalam pertubuhan perbadanan, firma, pertubuhan atau kumpulan orang lain itu atau berupa bertindak atas sifat tersebut hendaklah, berserta juga dengan pertubuhan perbadanan, firma, pertubuhan atau kumpulan orang lain tersebut, disifatkan sebagai melakukan kesalahan tersebut melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha untuk menghalang perlakuan kesalahan itu sebagaimana yang patut dijalankan olehnya, memandangkan kepada jenis fungsinya atas sifat itu dan kepada segala hal keadaan.

Report

Bahagian VIII

Kuasa untuk Membuat Peraturan-Peraturan dan Kaedah-Kaedah

Bahagian IX

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Schedules