Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 · Updated to 1 Oct 2025 · Bahagian VII · Kesalahan dan Prosiding
67. Penjalanan prosiding sivil
Feedback & supportWalau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, tetapi tanpa menjejaskan seksyen 65, dalam mana-mana prosiding sivil oleh atau terhadap Lembaga—
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 93
(a)
mana-mana orang yang memegang jawatan sebagai
Peguam Persekutuan dan diberi kuasa oleh Peguam
Negara bagi maksud itu; atau
(b)
mana-mana pegawai undang-undang Lembaga yang diberi kuasa bagi maksud tersebut oleh Pengerusi, boleh, bagi pihak Lembaga, memulakan, menghadiri dan menjalankan prosiding tersebut dan boleh membuat dan melakukan kesemua kehadiran, tindakan dan permohonan berkenaan dengan prosiding tersebut.