Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 · Updated to 1 Oct 2025 · Bahagian VII · Kesalahan dan Prosiding
70C. Pengeluaran daripada Kumpulan Wang
Feedback & supportLembaga boleh membenarkan pengeluaran kesemua amaun yang ada pada kredit seseorang pekerja yang bukan warganegara
Malaysia atas apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga jika Lembaga berpuas hati bahawa—
pekerja itu telah meninggal dunia;
pekerja itu tidak berupaya dari segi fizikal atau mental untuk bekerja;
pekerja itu akan meninggalkan Malaysia dan tidak mempunyai niat untuk kembali ke Malaysia; atau
pekerja itu telah mencapai umur lima puluh lima tahun.
(Dipotong oleh Akta A1760).
Tertakluk pada subseksyen 59(1A) dan (3), Lembaga boleh membenarkan permohonan seseorang pekerja yang bukan seorang warganegara Malaysia untuk mengeluarkan sebahagian daripada amaun yang ada pada kreditnya bagi maksud pengeluaran di bawah subseksyen 54(6) atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.