Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 · Updated to 1 Oct 2025 · Bahagian VII · Kesalahan dan Prosiding
70F. Pengembalian kredit
Feedback & supportWalau apa pun seksyen 70C, Lembaga boleh, mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga, mengembalikan kepada seseorang pekerja yang bukan warganegara Malaysia dan yang diwajibkan mencarum dalam tempoh yang bermula pada 1 Ogos 1998 dan berakhir pada 1 Ogos 2001, kesemua amaun yang ada pada kredit pekerja itu.