Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2025Read it in English

Bahagian VII · Kesalahan dan Prosiding

66. Perlindungan caruman dalam prosiding pelaksanaan atau penjualan di bawah cagaran

Feedback & support
(1)

Jika, pada bila-bila masa sebelum tarikh bermulanya sesuatu penggulungan dalam hal sesuatu syarikat atau sebelum pembuatan sesuatu perintah penerimaan dalam hal seseorang penghutang dalam kebankrapan—

(a)

suatu penahanan telah dikeluarkan terhadap harta seseorang majikan sebagai pelaksanaan suatu dekri terhadapnya dan mana-mana harta tersebut telah disita atau dijual atau selainnya dihasilkan menurut pelaksanaan tersebut; atau

(b)

harta seseorang majikan telah dijual, atas permohonan seseorang pemiutang bercagar, maka hasil penjualan atau penghasilan lain daripada harta tersebut tidaklah boleh dibahagikan kepada mana-mana orang yang berhak kepadanya sehingga mahkamah yang memerintahkan penjualan atau penghasilan lain itu, telah membuat peruntukan bagi pembayaran apa-apa amaun yang kena dibayar berkenaan dengan caruman yang kena dibayar oleh majikan itu di bawah Akta ini.

(2)

Dalam seksyen ini perkataan “caruman” hendaklah disifatkan sebagai termasuk apa-apa dividen dan caj lewat bayar yang kena dibayar ke atas mana-mana caruman.

Report

Bahagian VIII

Kuasa untuk Membuat Peraturan-Peraturan dan Kaedah-Kaedah

Bahagian IX

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Schedules