Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2022Read it in English

Bahagian IV · Pendaftaran dan Caruman

16. Semua pekerja hendaklah didaftarkan dan diinsuranskan

Feedback & support
(1)

Semua pekerja dalam perusahaan yang baginya Akta ini terpakai hendaklah didaftarkan dan diinsuranskan oleh majikan—

(a)

dalam hal pekerja yang diambil bekerja pada atau sebelum tarikh perusahaan didaftarkan di bawah seksyen 14, pada tarikh perusahaan majikan itu didaftarkan sedemikian; dan

(b)

dalam hal pekerja yang diambil bekerja selepas tarikh perusahaan didaftarkan di bawah seksyen 14 atau 15, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pekerja itu memulakan pekerjaan, mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan tanpa mengira amaun gaji.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), jika gaji seseorang pekerja pada bila-bila masa melebihi lima ribu ringgit sebulan, gajinya hendaklah bagi maksud Akta ini disifatkan sebagai lima ribu ringgit sebulan.

(3)

Walaupun pekerja dalam perusahaan yang baginya Akta ini terpakai tidak didaftarkan mengikut subseksyen (1), seseorang pekerja dalam perusahaan itu hendaklah disifatkan telah didaftarkan oleh majikan pada tarikh caruman dibayar kali yang pertama oleh majikannya di bawah Akta ini.

(4)

Majikan yang disebut dalam subseksyen (3) tidak boleh membayar caruman berkenaan dengan pekerja itu bagi bulan sebelum bulan caruman dibayar kali yang pertama.

Sistem Insurans Pekerjaan 23

(5)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian V

Faedah

Bahagian VI

Program Penempatan Pekerjaan Semula

Bahagian VII

Peruntukan Kewangan

Bahagian VIII

Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial

Bahagian IX

Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian X

Schedules