Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 · Updated to 1 Sep 2022 · Bahagian IV · Pendaftaran dan Caruman
24. Majikan tidak boleh mengurangkan gaji, dsb
Feedback & supportMajikan tidak boleh, semata-mata oleh sebab liabilitinya bagi apa-apa caruman yang kena dibayar di bawah Akta ini, secara langsung atau tidak langsung, mengurangkan gaji mana-mana pekerja, atau menghentikan atau mengurangkan faedah yang kena dibayar kepada pekerja itu di bawah syarat perkhidmatan yang serupa dengan faedah yang diberikan oleh Akta ini kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
Mana-mana majikan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.