Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 · Updated to 1 Sep 2022 · Bahagian IV · Pendaftaran dan Caruman
23. Mendapatkan balik tunggakan caruman dan bunga
Feedback & supportPertubuhan boleh mendapatkan balik apa-apa tunggakan caruman atau bunga atas tunggakan caruman daripada majikan sebagai hutang yang kena dibayar kepada Pertubuhan.
Amaun caruman, tunggakan caruman atau bunga atas tunggakan caruman yang kena dibayar berkenaan dengan seseorang pekerja
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 800
sebagaimana yang ditaksirkan di bawah subseksyen 22(1) hendaklah menjadi keterangan muktamad bagi amaun itu.
Majikan hendaklah membayar apa-apa tunggakan caruman berkenaan dengan seseorang pekerja kepada Pertubuhan dan majikan itu berhak untuk mendapatkan balik caruman yang kena dibayar oleh pekerja berkenaan dengan tunggakan itu daripada pekerja itu bagi tempoh yang tidak lebih daripada enam bulan.