Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 · Updated to 1 Sep 2022 · Bahagian IV · Pendaftaran dan Caruman
18. Caruman
Feedback & supportCaruman yang kena dibayar di bawah Akta ini berkenaan dengan seseorang pekerja hendaklah terdiri daripada suatu caruman yang kena dibayar oleh majikan dan suatu caruman yang kena dibayar oleh pekerja itu.
Caruman yang kena dibayar di bawah Akta ini hendaklah dibayar kepada Pertubuhan pada kadar sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua berdasarkan amaun gaji bulanan pekerja itu yang diinsuranskan di bawah Akta ini.
Menteri boleh mengkaji semula kadar caruman selepas mengambil kira kemampanan Kumpulan Wang.
Walau apa pun subsekyen (2), Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta dan tertakluk pada apa-apa syarat, menentukan—
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 800
kadar caruman minimum yang hendaklah dibayar oleh majikan berkenaan dengan seseorang pekerja berdasarkan amaun gaji bulanan pekerja itu yang diinsuranskan mengikut Jadual Kedua; dan
kadar faedah minimum yang hendaklah diberikan oleh
Pertubuhan berdasarkan amaun gaji bulanan anggapan pekerja itu yang diinsuranskan mengikut Jadual Ketiga.