Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 · Updated to 1 Sep 2022 · Bahagian IV · Pendaftaran dan Caruman
25. Kuasa untuk melantik ejen
Feedback & support(1)
Pertubuhan boleh melantik apa-apa bilangan ejen tertakluk pada apa-apa terma dan syarat untuk memungut dan menerima bayaran caruman bagi pihak Pertubuhan.
(2)
Ejen yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, memaklumkan kepada Pertubuhan masa dan tarikh sebenar bayaran caruman dibuat oleh majikan.
(3)
Mana-mana ejen yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Sistem Insurans Pekerjaan 27