Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 · Updated to 1 Sep 2022 · Bahagian VII · Peruntukan Kewangan
47. Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang
Feedback & supportKumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:
bayaran faedah;
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 800
bayaran fi latihan kepada pemberi latihan berhubung dengan kos latihan yang diberikan oleh pemberi latihan kepada orang berinsurans;
bayaran apa-apa belanja yang ditanggung dengan sewajarnya bagi program penempatan pekerjaan semula berkenaan dengan orang berinsurans termasuklah belanja yang ditanggung bagi kerjasama dengan mana-mana institusi;
bayaran belanja bagi kajian penilaian dan impak ke atas
Sistem;
penubuhan dan penyenggaraan pusat atau institut bagi maksud program penempatan pekerjaan semula;
bayaran belanja atau kos yang ditanggung oleh Pertubuhan bagi penubuhan Jemaah Rayuan bagi maksud Akta ini;
bayaran belanja atau wang yang dikehendaki untuk memenuhi apa-apa penghakiman, keputusan atau award oleh mana-mana mahkamah atau tribunal terhadap
Pertubuhan, Pengerusi Lembaga, Ketua Pengarah,
Timbalan Ketua Pengarah, mana-mana anggota Lembaga,
Jawatankuasa atau jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 9, Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, dan pegawai dan pekhidmat Pertubuhan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau kemungkiran yang dibuat atau dilakukan dalam melaksanakan fungsi atau menjalankan kuasa Pertubuhan di bawah Akta ini;
bayaran elaun dan belanja lain kepada anggota Lembaga,
Jawatankuasa dan jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 9;
bayaran fi guaman dan kos yang berhubungan dengan mana-mana prosiding sivil atau jenayah yang dibawa, dimulakan atau dikekalkan oleh atau terhadap Pertubuhan di bawah Akta ini;
Sistem Insurans Pekerjaan 45
bayaran balik wang yang dipinjamkan di bawah Akta ini dan bunga atau keuntungan yang kena dibayar atas wang yang dipinjamkan itu;
penubuhan atau pengambilalihan suatu syarikat di bawah
Akta ini dan penyenggaraannya;
bayaran belanja dan perbelanjaan lain yang dibenarkan oleh Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, atau yang ditanggung dalam melaksanakan fungsi atau menjalankan kuasa Pertubuhan.