Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 · Updated to 1 Sep 2022 · Bahagian VII · Peruntukan Kewangan
50. Kuasa untuk melabur
Feedback & supportBagi maksud seksyen ini—
“debentur” termasuklah saham debentur, bon, nota atau sekuriti atau obligasi lain suatu syarikat, sama ada terjumlah kepada suatu gadaian ke atas aset syarikat atau tidak dan juga termasuk hak untuk melanggan apa-apa debentur;
“syer” ertinya syer berbayar sama ada yang berbayar penuh atau tidak dalam modal syer suatu syarikat dan termasuklah saham dan hak untuk melanggan apa-apa saham atau syer.
Wang dalam Kumpulan Wang hendaklah, setakat yang wang itu tidak diperlukan dengan segera untuk dibelanjakan oleh Pertubuhan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dilaburkan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri
Kewangan seperti yang berikut:
Sistem Insurans Pekerjaan 47
dalam pelaburan atau sekuriti yang dibenarkan bagi pelaburan kumpulan wang amanah oleh mana-mana undang-undang bertulis;
dalam pelaburan dalam syer dan debentur dalam mana-mana syarikat awam yang disebut harga atau sedang diusahakan supaya disebut harga di bursa saham yang ditubuhkan di Malaysia;
dalam apa-apa pelaburan atau sekuriti lain yang diputuskan oleh Lembaga berdasarkan syor Jawatankuasa.
Pelaburan yang dibuat di bawah subseksyen (2) boleh diubah, ditukar atau direalisasikan dari semasa ke semasa.
Menteri boleh pada bila-bila masa, selepas berunding dengan
Menteri Kewangan, mengarahkan pengosongan sebahagian atau keseluruhan, atau melarang pelaburan, dalam mana-mana sekuriti.
Kuasa untuk melabur di bawah subseksyen (2) hendaklah terletak hak pada Lembaga.
Pertubuhan hendaklah, dengan kelulusan Lembaga dan selepas berunding dengan Menteri Kewangan, menentukan tatacara bagi pelaburan Kumpulan Wang termasuk pemindahan atau realisasinya, bank yang Kumpulan Wang boleh didepositkan, pemerdapatan dan pembayaran balik pinjaman dan kawalan dan prosedur kewangan.